Pages

Friday, 9 December 2011

SOALAN PEPERIKSAAN


SK BUKIT KERAYONG
42200 KAPAR, SELANGAOR.
UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2011
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 2




NAMA:...................................................... TAHUN:..................................

Jawab semua soalan. (Bahagian A)

1) Daya tahan kardiovaskular ialah untuk mengukur keupayaan.....................
A. Jantung dan sistem darah berfungsi dengan baik
B. Paru-paru bernafas
C. Pundi kencing
D. Buah pinggang mencuci darah

2) Paru-paru ialah organ..................................
A. Pembiakan                 C. Pernafasan
B. Mengepam darah        D. Mengalirkan darah

3) Bapa Fatin menerima khabar dari kampung tentang kematian datuknya. Apakah perasaan bapa Fatin?
A. Gembira          C. Kasihan
B. Sedih               D. Suka

4) Alif bersama bapa dan adiknya ............ di taman pada setiap petang untuk mengisi masa lapang
A. Melompat              C. Tidur
B. Berbua-bual           D. Berjoging

5) Fauzan telah melakukan beberapa aktiviti imbangan. Antara berikut yang manakah bukan aktiviti imbangan...
A. Dirian bangau        C. Lompat ketingting
B. Dirian skala           D. Turun naik tangga

6) Gambar rajah di atas menunjukkan seorang murid sedang melakukan aktiviti.................
A. Meleding ke sisi               C. Melentik aksi kucing
B. Melentik ke belakang       D. Membongkok ke hadapan

7) Kita perlu memakai ............ ketika melakukan aktiviti lasak
seperti menunggang basikal dan mendaki gunung.
A. Alat keselamatan diri yang lengkap
B. Pakaian yang longgar dan topi
C. Topi dan tali pinggang
D. Kasut dan pad siku

8) Aktiviti............................dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
A. Bangkit tubi                C. Menolak dinding sambil meleding
B. Lari ulang alik             D. Duduk dan membongkok badan

9) Firdaus.............................dan.............................untuk menjaga kebersihan diri daripada dijangkiti penyakit.
A. membasuh.....mengemas pakaian
B. makan.....minum
C. menyapu ...menyimpan sampah
D. mengelap...membungkus perabot

10) Karmila membuat kad ucapan Hari Guru untuk dihadiahkan kepada Cikgu Rosnani sebagai ucapan...................................atas jasa beliau.
A. selamat hari lahir              C. terima kasih
B. semoga cepat sembuh      D. semoga berjaya

11) Bermain piring terbang memerlukan kemahiran koordinasi................
A. membaling dan melompat               C. membaling dan terbang
B. membaling dan menyambut             D. membaling dan berlari

12) Sampah- sarap boleh menjejaskan persekitaran.Nyamuk aedes boleh membiak dan menyebabkan penyakit.................................
A. malaria                   B. taun
C. cirit-birit                 D. denggi

13) ....................................ialah keupayaan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah seperti permainan bola beracun.
A. Imbangan             B. Kelenturan
C. Ketangkasan        D. Pergerakan kreatif

14) Alatan yang digunakan dalam aktiviti menghantar dan menyambut pundi kacang ialah………………………..
A. bola kecil.                B. gelung rotan.
C. pundi kacang.          D. bola besar.

15) Aktiviti kesenggangan dapat mengeratkan hubungan diantara ahli keluarga. Aktiviti berikut dapat dilakukan di rumah kecuali
A. Bermain catur.
B. Bermain congkak.
C. Menyiram dan menjaga pokok bunga.
D. Bermain basikal air.

16) Gambar rajah guling badan dengan kaki lurus keatas. Apakah nama pergerakan asas di atas.
A. Terus berguling dan bersedia untuk mendarat.
B. Rebahkan badan ke sisi.
C. Guling badan dengan kaki lurus ke atas.
D. Melompat seperti katak.

17) .……………… ialah organ yang mengepam darah ke seluruh tubuh.
A. Paru-paru B. Buah pinggang
C. Jantung D. Tengkorak

18) Memakan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan tubuh kita lesu. Antara berikut yang manakah makanan yang tidak berkhasiat.
A. Sandwic.        B. Nasi lemak.
C. Ais krim         D. Buah pisang

19) Di antara pernyataan berikut, yang manakah bukan cara pengendalian makanan yang betul dan selamat?
A. Buah-buahan tidak perlu dibasuh sebelum dimakan.
B. Basuh tangan sebelum menyediakan makanan.
C. Gunakan penyepit, sudu atau garfu semasa mengambil makanan.
D. Tudung makanan yang telah dimasak.

Jawab semua soalan (Bahagian B)