Pages

Sunday 30 October 2011

Demam Denggi.


Penyakit demam denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah di kesan berlaku di seluruh Negara.
         Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi(genusflavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom kejutan Denggi (DSS).
        Virus Denggi akan terpendam di dalam badan peskit selama 3 hingg 14 hari (purata 4 hingga 6 hari)  sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan pelbagai tanda dan gejala yang tidak khusus.

Mengenal pasti demam denggi.
            Demam Denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat peting.
            Antara tanda-tanda demam denggi adalah:
·         Demam kuat yang mengejut dan berterusan
·         Bintik merah pada kulit
·         Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sebdi-sendi, biji mata dan kepala
·         Berdarh pada badan, hidung dan mulut
·         Hilang selera makan
·         Muntah-muntah
·         Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit.
1.      Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
2.      Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi.
3.      Nyamuk aedes membawa kuman demam denggi

Ciri-ciri deman denggi dapat dilihat apabila muncul bintik-bintik merah terang pada bahagian bawah anggota badan seperti kaki. Pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit adalah seluruh kulit bertukar kemerah-merahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal. Kemungkinan juga terdapat gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa, radang otot jantung.
            Demam denggi berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam. Secara klinikal, bilangan sel darah pembeku atau dikenali sebagai platelet akan turun sehingga demam hilang.
Rawatan.
            Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makanan, terutamanya minum air yang banyak. Sekiranya pesakit tidak mampu untuk minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan yang teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.
Pencegahan
            Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi. Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vector nyamuk pembawa denggi (jentik-jentik_. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga, tin kosong dan sebagainya) terbukti berkesan bagi mengawalnya. Penggunaan kelambu dan juga semburan penghapus serangga juga boleh membantu.

Thursday 27 October 2011

Awasi Racun Di Dalam Ikan.


Dari sudut kesihatan, ikan adalah makanan yang rendah kalori, lemak tepu dan kolesterol. Oleh sebab itu, ikan elok dimakan berbanding daging lembu dan ayam yang tinggi kalori dan kandungan kolesterolnya. Ikan juga kaya dengan protein yang yang perlu untuk tumbesaran kanak-kanak serta vitamin dam mineral yang pentng untuk mengekalkan kesihatan.
Beberapa jenis ikan tertentu seperti ikan salmon, mackerel dan hering kaya dengan said lemak omega-3. Asid ini mampu melindungi tubuh kita daripada serangan jantung dan membantu menurunkan tekanan darah.
Tetapi mengapa pula kita tidak digalakkan makan ikan secara berlebihan?. Hal ini disebabkan di dalam badan ikan terkandung sejenis logam berat yang dikenali sebagai merkuri. Merkuri ini datang dari  alam semulajadi dan akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia sendiri. Merkuri boleh ditemui di dalam batu-batan, tanah dan air.
Merkuri yang terkandungdi dalam ikan adalah sangant berbahaya kepada otak. Malah jumlah merkuri yang sedikit boleh merosakkan otak yang sedang berkembang. Otak yang rosak boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan serta risiko menjadi cacat. Oleh sebab itu ibu-ibu yang sedang hamil, ibu yang menyusukan bayi serta kanak-kanak berusia di bawah lima tahun perlu berhati-hati dalam pengmbilan ikan supaya tidak merosakkan otak bayi atau kanak-kanak yang sedang berkembang.
Bagaimanakah merkuri boleh berada di dalam badan ikan?. Merkuri masuk ke dalam badan ikan ketika ikan menyedut air semasa proses pernafasan. Apabila ikan-ikan kecil menyedut air, merkuri yang ada di dalam air akan masuk ke dalam badan ikan. Merkuri ini akan kekal di dalam badan ikan untuk tempoh yang lama. Apabila ikan besar memakan ikan-ikan kecil ini, paras merkuri di dalam badan ikan besar akan menjadi bekali-kali ganda berbanding ikn-ikan kecil. Merkuri ini akan masuk pula ke dalam kita apabila kita memakan ikan tersebut walaupun telah di masak.
Untuk memastikan agar otak kita berada dalam keadaan sihat, kita hendaklah bijak memilih makanan yang hendak dimakan. Sekiranya ingin memakan ikan, lebih elok kita memilih ikan-ikan yang lebih kecil kerana kandungan merkuri di dalam ikan ini  yang terkandung di dalam air tidak menyerap secara langsung melalui kulit ikan.
Tubuh kita mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membuang logam berbahaya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan badan dengan memilih ikan-ikan yang berkhasiat dan kurang kandungan merkurinya.

                                                                                    Makanan Asas Kesihatan.