Pages

Thursday 27 October 2011

Awasi Racun Di Dalam Ikan.


Dari sudut kesihatan, ikan adalah makanan yang rendah kalori, lemak tepu dan kolesterol. Oleh sebab itu, ikan elok dimakan berbanding daging lembu dan ayam yang tinggi kalori dan kandungan kolesterolnya. Ikan juga kaya dengan protein yang yang perlu untuk tumbesaran kanak-kanak serta vitamin dam mineral yang pentng untuk mengekalkan kesihatan.
Beberapa jenis ikan tertentu seperti ikan salmon, mackerel dan hering kaya dengan said lemak omega-3. Asid ini mampu melindungi tubuh kita daripada serangan jantung dan membantu menurunkan tekanan darah.
Tetapi mengapa pula kita tidak digalakkan makan ikan secara berlebihan?. Hal ini disebabkan di dalam badan ikan terkandung sejenis logam berat yang dikenali sebagai merkuri. Merkuri ini datang dari  alam semulajadi dan akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia sendiri. Merkuri boleh ditemui di dalam batu-batan, tanah dan air.
Merkuri yang terkandungdi dalam ikan adalah sangant berbahaya kepada otak. Malah jumlah merkuri yang sedikit boleh merosakkan otak yang sedang berkembang. Otak yang rosak boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan serta risiko menjadi cacat. Oleh sebab itu ibu-ibu yang sedang hamil, ibu yang menyusukan bayi serta kanak-kanak berusia di bawah lima tahun perlu berhati-hati dalam pengmbilan ikan supaya tidak merosakkan otak bayi atau kanak-kanak yang sedang berkembang.
Bagaimanakah merkuri boleh berada di dalam badan ikan?. Merkuri masuk ke dalam badan ikan ketika ikan menyedut air semasa proses pernafasan. Apabila ikan-ikan kecil menyedut air, merkuri yang ada di dalam air akan masuk ke dalam badan ikan. Merkuri ini akan kekal di dalam badan ikan untuk tempoh yang lama. Apabila ikan besar memakan ikan-ikan kecil ini, paras merkuri di dalam badan ikan besar akan menjadi bekali-kali ganda berbanding ikn-ikan kecil. Merkuri ini akan masuk pula ke dalam kita apabila kita memakan ikan tersebut walaupun telah di masak.
Untuk memastikan agar otak kita berada dalam keadaan sihat, kita hendaklah bijak memilih makanan yang hendak dimakan. Sekiranya ingin memakan ikan, lebih elok kita memilih ikan-ikan yang lebih kecil kerana kandungan merkuri di dalam ikan ini  yang terkandung di dalam air tidak menyerap secara langsung melalui kulit ikan.
Tubuh kita mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membuang logam berbahaya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan badan dengan memilih ikan-ikan yang berkhasiat dan kurang kandungan merkurinya.

                                                                                    Makanan Asas Kesihatan.

No comments:

Post a Comment