Pages

Thursday 8 December 2011

RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN

Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah, satu perancangan yang yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :

Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad. 

Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

Persekitaran Pengajaran.

Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas.

Latar Belakang Guru.

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

Latar Belakang Pelajar.

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.


Rancangan Kerja Tahunan.

Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.


FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : ……………………………..

Waktu : ………………………..

Kelas : …………………………..

Bil Murid : …………………………

Umur : …………………………….

Matapelajaran : …………………………….

Kemahiran : ……………………..

BSPP : ………………………..

Pengalaman sedia ada : ………………………..

Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat ……………………………..

Penerapan nilai : ………………………………


BAHAGIAN (WAKTU) GERAK KERJA BUTIRAN MENGAJAR PENGELOLAAN KELAS BSPP CATATAN

Memanaskan badan
(3 minit)
Pilih 2 atau 3 aktiviti ringkas Perkara-perkara penting yang disebut oleh guru, jelas, tepat dan padat Pentingkan gambarrajah. Bagaimana melaksanakan aktiviti ? Nyatakan jenis dan bilangan
Buat catatan untuk mengigati guru segala perkera seperti langkah keselamatan/

kaedah/nilai

Gerak kerja kumpulan
(8 minit)
Senaraikan aktiviti ikut turuta unsur maju
Pemainan kecil
(7 minit)
Namakan permainan
Penutup
(2 minit)
Aktiviti pulihan/
perbincangan

No comments:

Post a Comment